Sunday, June 26, 2011

Murkrow

amaran keras:
entry kali ini adalah entry bergambar paling panjang yang pernah wujud di alam semesta!
click to enlarge for better view..


sambungan..


jeng jeng jeng.. apa ni??
sebab filem 3,2,1 cinta ada yang gaduh gaduh..
takde isu pon sebenarnya, saja je depa ni nak besar besarkan.

jom tengok trailer cerita ni!


yang diorang duk bising bising kecoh pasal cerita ni sangat kenapa?
sebab... cerita ni scene dia dekat uitm puncak alam!
mula mula aku tengok trailer ni dekat pawagam masa tengok harry potter & the deathly hallow part 1.
semua dah excited bising bising dalam pawagam tu,
"eh eh palam la.. tempat aku study masuk filem derr.."
kecoh je kan? haha
yang pastinya, cerita ni takde pulak shoot dekat kawasan paling famous uitm puncak alam,
iaitu tangga maut! depa tak larat la tuuu..

aku ni bukan nak promote cerita ni,
tapi nak imbau memori lama. ceycey.. (bajet nostalgik)
ni antara scene dia;

nak pergi dewan kuliah, wajib lalu sini kalau nak shortcut..
and..kalau time tengah hari, wajib hangus lahh dibakar matahari.


malam malam wajib penuh ah charlie melekat kat dinding tu..
siang hari pon banyak gak..
nasib baik aku baik dengan charlie, tak sampai hati dia nak gigit aku.


tempat ni tak sure pulak panggil apa, kalau janji nak jumpa ku syera,
aku just cakap jumpa dekat pasu besar ni.
harus lalu tempat ni daripada Plaza Satelit B (PSB) untuk ke dewan kuliah, makmal, bangunan FPTP & FSK 6, dan bangunan bangunan lain.
kat sini banyak event dan photoshoot makhluk uitm puncak alam
oh belakang sikit tu sampai dewan kuliah aku
pagi pagi lagi duduk dekat luar tu dengan ku syera sambil usha usha manusia lain
makhluk yang sering di-usha adalah fifi dan popjap
kalau nampak fifi, aku terus jerit "FIFI..!!!" sampai dia pon malu sebab orang lain tengok. hahaha
kalau nampak popjap pulak, tak jadi pape, sebab masa tu dia sombong!! haha

aku suka sangat uitm puncak alam ni sebab first, kampus baru!
semuanya baru, rasa selesa sangat sangat.
second, sebab kawasan dia luas sangat and ada jogging/cycling track yang panjang gegila, menaikkan semangat untuk kuruskan badan melalu jogging! keh keh keh (bajet rajin jogging)
walaupun tempat ni jauh daripada bandar, aku suka sebab strategik sangat and membuatkan students malas nak keluar membazirkan masa dan duit.
bandar terdekat adalah meru, klang & kuala selangor.
selalunya kalau nak shopping, pergi PKNS shah alam, ambil masa sejam lebih nak sampai sana.
kalau nak pergi tengok wayang, biasanya pergi sunway pyramid,
which kena ambil 2 bas. kan menyusahkan je tu? baik duduk dalam bilik, study! ye dok?

jom tengok gambar!
penat aku upload ni tau..
gambar gambar berikut adalah jasa google.
sedih betul, aku takde kamera, and kamera phone aku kualitinya cap ayam..
(kenapa perlu salahkan ayam?)
sepanjang setahun menjadi makhluk uitm puncak alam,
tak banyak gambar aku.. sob sob..



bangunan tinggi tu bangunan berkembar FPTP & FSK 6
(view daripada kolej nun di atas bukit)
kalau tak silap ada 16 or 17 or 18 tingkat.


haaa ni yang best! ada macam cameron highlands tak?
kalau hujan, wajib jadi kabus camni!
(aku tak pernah pergi cameron pon. sob3..)
masa final exam hari tu, hujan di pagi hari
wajib menggigil dalam exam hall!


yang ni night view daripada kolej R4
start maghrib je, mula la pasang lampu kasi lip lap semua bangunan bawah tu,
even takde makhluk kasar. makhluk halus confirm ada ah..
membazir kott. pastu siap mintak yuran letrik lagi. haishh!


yang ni belakang bangunan fakulti mana entah


haa siap ada helipad! nampak tak square hitam yang ade white circle tu?
nanti someday aku nak melawat uitm ni dengan private jet aku. tunggu kau..


yang ni night view. lawa dok?


hah dalam kawasan uitm ni saja ada 3 roundabout besar


first skali akan jumpa roundabout keris besar bapak ni.
sape malas study, siap la hang kene hempap dengan keris ni!


yang ni roundabout ke 3, dekat sikit dengan kawasan kolej.
dengar dengar cerita, makhluk makhluk halus menyorok dalam labu besar tu time siang hari!
(oktipuje)
ni gambar masa jalan jalan dengan abang ( abang kedua selepas abang ku syera)
yang belakang tu si anak. keh keh keh
kalau jalan jalan sekitar uitm ni, wajib aku petik bunga! hihi
lawa dok pebbles dia?


hah tengok jalan dia punye la panjang daripada bangunan fakulti nak naik atas bukit sampai bangunan kolej. wajib naik bas!
kalau nak jimat tambang bas, wajib panjat tangga maut yang nak dekat 200 anak tangga!
sampai atas wajib semput!
tipu ah sape rilek je lepas sampai atas..
bajet macho je tu..


ni night view kolej daripada rooftop bangunan FSK 6 / FPTP


yang ni ada colour sket. lawa dok lawa dok?
lampu dua bijik atas tu daripada padang kawad
wajib usha budak budak laki main basket ball malam malam!
keh keh keh


muka si blogger pon nak masuk gambar jugak weyy! hehe
menyampah betul kan?


yang kanan tu bangunan kolej R1, R2 dan R3.
yang kiri pulak bangunan R4
benda bulat besar tu nama dia rafflesia atau nama manja dia raffle,
ada cafe, pejabat kolej, dewan, and gym dalam tu.
bende bulat tu lah yang memisahkan aku(R2) dan abangku ku syera(R4)


yang ni morning view.
WAJIB berkabus! aku suka!!
tiap kali hujung minggu, wajib aku keluar morning walk sorang sorang


"i hope the sun shines and it's a beautiful day"
kalau nak tahu, lagu Last Kiss tu taylor swift ambil daripada ayat aku ni la. HAHA
tapi apa yang aku buat kat sini? kenapa??
(kan wajib bawak bunga sekuntum tu. c; )


ni haa.. kat bawah tu boleh nampak view bangunan fakulti dan tasik.
sejak masuk sem 2, aku dah jadi nature lover.
menikmati kehijauan ciptaan tuhan!
sambil tu boleh usha orang jogging nun di bawah sana. keh keh keh

cakap pasal nature, selain jalan jalan,
hobi lain aku adalah mengutip ulat gonggok, ulat bulu, ulat takde bulu dan segala jenis ulat lahh.
lepas kutip, lepaskan balik. takde kerja kan?

ulat ni baik, dia tak gigit orang.


oh tak sangka pulak aku boleh terpegang kumbang sebesar ni.
kalau tunjuk makhluk ni dekat ku syera, mahunya menjerit 14 hari 14 malam!
keh keh keh

ni baru je sikit, tak siap lagi construction kat sana
baru je fasa 1. kalau habis siap sampai fasa 3,
nanti sesak lah macam gambar model ni.

lepas siap semua, barulah declare kampus uitm puncak alam as main campus of uitm pengganti kampus uitm shah alam.
masa tu, mesti dah tak aman kan? huhu
kesian pokok pokok kena tebang lagi.. :'(


gambar terakhir, day view


night view

oh~ memori memori..
UITM di hatiku~~

2 comments:

ku syera said...

emang mjerit 14hari 14 mlm..hahaha

miss nureen said...

haha nt ado anok seksok, mok samo2 jerit nge anok. kui kui kui