Tuesday, November 11, 2008

charmeleon

yaa..
anda kembali bersama chef nurEen in da kitchen..
kali ini chef nk masak pizza yer puan2..
haha
boring tol duk kt umah.
so pg ni bli brg2 kt Billion n troskan niat suciku nk wat pizza.
mende tah yg aku beli sampai RM42.2o melayang. aiyya~
diz is da recipe i got from the itnet.
tp of coz tlh diubah mgikut selera aku.

Pizza

♥ untuk dough pizza ♥
200g / 2 cawan tepung gandum
20g / 2 st yis segera
3g / 1/2 st garam
5g / 1 st gula
10g / 2sb minyak sayuran atau minyak zaitun
1/2 cwn air suam untuk menguli


♥ untuk sos pizza ♥
1 labu bawang besar - cincang halus
2 ulas bawang putih - cincang halus
2 biji tomato - cincang halus
2 sb minyak masak
3 sb tomato puree
2 sb sos tomato
3/4 st gula
1 st oregano
garam dan gula

~ Tumis bawang hingga naik bau. Masuk bahan2 yang lain. Masak sampai agak pekat. Tutup api & sejukkan
sebentar.


Puan2, cara2 nya ialah..

1. Campur tepung gandum, yis, garam, gula dan minyak dalam mangkuk besar. Gaul rata. Masuk air suam sikit2 dan uli hingga jadi dough lembut & tidak lekat di tangan.
Sukatan air bergantung pada tepung gandum yang digunakan, agak2 supaya dough tidak melekat di tangan.

2. Setelah dough siap, pindahkan ke dalam sebiji mangkuk and tutup dgn cling wrap. Tunggu dalam 15 minit supaya dough naik.

3. Bahagi dough kepada dua dan uli. Pizza ini akan naik dua kali ganda selepas dibakar. Jadi, jika nak pizza yg nipis kena agak2 bila uli tu.

4. Letakkan dough yg telah diuli atas dulang pembakar yang sudah digris. Sapu kan permukaan dgn sos pizza.

5. Letakkan topping pilihan.

6. Akhir sekali baru taburkan cheese sebanyak yg anda suka.

7. Bakar dalam oven dengan suhu 200 deg C selama 12-15 minit atau sehingga dough masak dan cheese telah cair.

n da result is...

yg first punye 15 mnit hangit doww!

yg second ni aku wat 1o mnit jer

c da difference

p/s: recipe asl tu ckp it suppose to be crunchy. tp yg aku wat ni a lil bit keras ckit. hee.

0 comments: